Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan selamat Hari Malaysia

Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri mendoakan agar Malaysia sentiasa berada dalam limpahan rahmat dan keberkatan Allah SWT/Foto Istana Negara

KUALA LUMPUR, 15 September – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat Hari Malaysia kepada seluruh rakyat negara ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri mengucapkan selamat Hari Malaysia kepada seluruh rakyat.
  • Baginda mendoakan Malaysia diberkati Allah SWT, dikurniakan keamanan berpanjangan dan dilindungi daripada musibah.
  • Ucapan dan doa disampaikan menerusi hantaran rasmi di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
  • Baginda menyatakan syukur atas perpaduan dan keharmonian kaum sebagai asas kekuatan serta kestabilan negara.

Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda berdua turut mendoakan agar Malaysia sentiasa berada dalam limpahan rahmat dan keberkatan Allah SWT, dikurniakan keamanan yang berpanjangan serta dilindungi daripada segala bentuk musibah.

“Sultan Ibrahim turut menzahirkan rasa syukur atas nikmat perpaduan dan keharmonian yang sekian lama terjalin dalam kalangan rakyat berbilang kaum serta menjadi asas penting kepada kekuatan dan kestabilan negara,” menurut hantaran itu. – BERNAMA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.