Oman, Iran usaha jamin keselamatan pelayaran di Selat Hormuz

Foto REUTERS

TEHRAN, 24 Ogos – Menteri Luar Oman akan berkunjung ke Iran pada Selasa, ketika Tehran dan Muscat sedang berusaha mencari jalan untuk mengawal laluan kapal di Selat Hormuz.

RINGKASAN BERITA AI
  • Iran menguasai Selat Hormuz, mengenakan kebenaran dan yuran transit kepada kapal sejak perang.
  • Amerika Syarikat mahu pelayaran bebas kembali; Presiden Trump mendakwa Washington mempunyai kawalan penuh ke atas Hormuz.
  • Rundingan laluan baharu antara Iran dan Oman belum dimuktamadkan; pembukaan bergantung kepada AS menarik balik sekatan terhadap pelabuhan Iran.

Jurucakap Kementerian Luar Iran Esmaeil Baqaei berkata, Menteri Luar Oman Badr al-Busaidi akan mengadakan rundingan politik dengan wakil Tehran bagi membantu memperkukuh keamanan dan keselamatan di rantau ini.

“Lawatan itu bertujuan memperkukuh kerjasama dua hala Iran-Oman, selaku negara pesisir Selat Hormuz,” kata Baqaei dalam satu kenyataan.

Semasa lawatan berkenaan, al-Busaidi dijadual bertemu Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi bagi membincangkan isu dua hala dan serantau.

Iran menguasai Selat Hormuz, laluan perkapalan penting bagi penghantaran minyak dan gas sejak tercetus perang di Asia Barat pada 28 Februari, dengan kapal-kapal dikehendaki mendapatkan kebenaran dan membayar yuran transit sebelum menggunakan laluan perairan itu.

Amerika Syarikat mahu selat berkenaan kembali kepada sistem pelayaran bebas sebelum perang, manakala Presiden AS Donald Trump mendakwa Washington mempunyai kawalan penuh ke atas Hormuz, yang sebelum perang menjadi laluan kepada kira-kira satu perlima daripada eksport minyak dan gas asli cecair (LNG) dunia.

Iran dan Oman sedang berunding untuk mewujudkan laluan baharu melalui selat itu, yang merupakan satu-satunya pintu masuk ke rantau teluk dan memisahkan kedua-dua negara berkenaan.

Bagaimanapun, persetujuan masih belum dimuktamadkan.

Tehran bagaimanapun berkata, walaupun rundingan itu mencapai hasil, ia tidak akan dengan sendirinya membuka laluan perairan berkenaan melainkan AS memenuhi tuntutan Iran yang lebih luas, termasuk menarik balik sekatannya terhadap pelabuhan-pelabuhan Iran. -AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.