Kempen Internet Selamat tangani ancaman jenayah siber

Foto janaan AI/RTM

PAPAR, 22 Ogos – Kempen Internet Selamat amat penting berikutan peningkatan pelbagai bentuk ancaman jenayah siber pada masa kini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Ancaman siber merangkumi buli siber, penipuan kewangan, 'love scam' dan tawaran pekerjaan palsu yang memaksa mangsa jadi ejen sindiket.
  • Kerangka perundangan diperlukan; kerajaan telah menggubal Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA) untuk tingkatkan keselamatan dalam talian.
  • Penanganan memerlukan kerjasama agensi kerajaan, pemimpin masyarakat dan pengguna serta pengetahuan saluran aduan seperti Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC).

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata ancaman siber kini merangkumi kes buli siber, penipuan kewangan, ‘love scam’, serta penipuan tawaran pekerjaan luar negara yang akhirnya memaksa mangsa menjadi ejen sindiket penipuan.

“Antara aspek penting dalam menangani isu ini adalah, pertama, daripada segi kerangka perundangan. Kita tahu kerajaan, contohnya, pada tahun lalu telah menggubal satu akta baharu yang dinamakan Akta Keselamatan Dalam Talian 2025, iaitu ONSA,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Sentuhan Kasih, Jualan Rahmah MADANI dan Kempen Internet Selamat di sini, hari ini.

Menurut Datuk Armizan, tanggungjawab menangani ancaman siber turut melibatkan agensi kerajaan, pemimpin masyarakat dan pengguna sendiri.

Masyarakat juga perlu mengetahui saluran aduan yang betul, termasuk melalui Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC), bagi membolehkan tindakan segera diambil.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.