
KUALA LUMPUR, 21 Ogos – Gempa bumi kuat berukuran 6.2 magnitud melanda Laut Scotia pada pukul 4.22 petang tadi.
RINGKASAN BERITA AI
- METMalaysia melaporkan kedalaman gempa 10 kilometer dan koordinat 60.3° S serta 47.5° W.
- Pusat gempa berada kira-kira 2,712 km tenggara Puerto Montt, Chile.
- Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia menurut METMalaysia.
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) memaklumkan gempa berlaku pada kedalaman 10 kilometer (km) dengan koordinat 60.3 darjah selatan dan 47.5 darjah barat.
Pusat gempa berkenaan terletak 2,712 km tenggara dari Puerto Montt, Chile.
Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian itu.