54.4% dewasa Malaysia alami obesiti

Foto janaan AI/RTM

BANDAR ENSTEK, 22 Ogos – Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) mendedahkan bahawa 54.4 peratus orang dewasa di Malaysia mengalami berat badan berlebihan atau obesiti.

RINGKASAN BERITA AI
  • Hampir separuh orang dewasa (49.9%) mengamalkan gaya hidup sedentari.
  • Negara menanggung kos rawatan dan pengurusan Penyakit Tidak Berjangkit sebanyak RM64.2 bilion.
  • NCD menyebabkan kehilangan produktiviti melalui ketidakhadiran kerja dan presenteeism.
  • Ucapan disampaikan oleh Menteri Kesihatan pada Majlis Penutupan Jelajah Kecergasan 2026 di Politeknik Nilai.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad hampir separuh atau 49.9 peratus orang dewasa di negara ini mengamalkan gaya hidup sedentari.

Keadaan itu seterusnya menyebabkan negara menanggung perbelanjaan sebanyak RM64.2 bilion bagi kos rawatan dan pengurusan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD).

“Kehilangan produktiviti negara akibat NCD, iaitu penyakit kronik, berlaku dalam beberapa bentuk. Pertama, ketidakhadiran ke tempat kerja kerana mengambil cuti sakit (MC) daripada doktor.

“Kedua, hadir ke tempat kerja tetapi tidak dapat memberikan prestasi terbaik. Perkara ini dikenali sebagai ‘presenteeism’, iaitu hadir tetapi tidak dapat bekerja dengan sebaiknya.

“Kita kehilangan produktiviti, dan yang paling besar ialah kehilangan nyawa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutupan Jelajah Kecergasan 2026 Peringkat Kebangsaan di Politeknik Nilai.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.