MTL : LKIM beri jaminan bekalan ikan mencukupi

Pengerusi LKIM, Muhammad Faiz Fadzil/ BERNAMA

KUANTAN, 22 Ogos – Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) akan memastikan bekalan ikan mencukupi sepanjang tempoh Monsun Timur Laut (MTL).

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerjasama LKIM dengan sektor swasta untuk mengeluarkan stok ikan yang disimpan, termasuk ikan import, semasa musim tengkujuh.
  • Sokongan terhadap nelayan: SSR ikan mencapai 90 peratus, import hanya 10 peratus untuk memenuhi permintaan domestik.
  • Menggalakkan nelayan menceburi akuakultur untuk menjana pendapatan tambahan dan meringankan beban semasa Monsun Timur Laut.

Pengerusi LKIM, Muhammad Faiz Fadzil berkata, bagi mencapai tujuan itu pihaknya turut bekerjasama dengan pihak swasta dalam sektor pemasaran ikan untuk mengeluarkan stok yang disimpan pada MTL.

“Jadi kita juga bekerjasama dengan pemain-pemain swasta yang terlibat dalam pemasaran ikan ini untuk memastikan ikan-ikan yang mereka simpan itu kita keluarkan waktu musim tengkujuh, termasuklah ikan-ikan yang mereka import.

“SSR ikan dalam Malaysia ini telah mencapai 90 peratus, bermaksud tangkapan ikan yang diusahakan oleh nelayan itu sangat-sangat baik, di mana kita hanya mengimport 10 peratus sahaja ikan daripada luar untuk menampung permintaan domestik”, katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis Rahmah Mesra MADANI Pengerusi LKIM Bersama Nelayan Pahang 2026 di Pantai Sepat.

Selain itu, LKIM turut menggalakkan nelayan menceburi bidang akuakultur bagi menjana pendapatan sekali gus mampu meringankan beban nelayan ketika MTL.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.