JPM bincang dengan MOT langkah kurangkan tambang penerbangan Sabah, Sarawak

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud/ BERNAMA

KOTA KINABALU, 22 Ogos – Jabatan Perdana Menteri akan berbincang dengan Kementerian Pengangkutan (MOT) bagi mencari kaedah mengurangkan kos perjalanan udara, susulan lonjakan tambang penerbangan ke Sabah dan Sarawak.

RINGKASAN BERITA AI
  • Isu kenaikan tambang dibawa ke Mesyuarat Kabinet selepas aduan ramai pihak.
  • Pihak berkuasa akan meneliti aduan dan bekerjasama dengan syarikat penerbangan untuk mencari kaedah kurangkan tambang.
  • Perhatian ditumpu kepada penuntut IPT dan TVET yang dijangka mendaftar September memerlukan bantuan pengangkutan udara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud berkata, isu itu turut dibawa ke Mesyuarat Kabinet, susulan aduan daripada pelbagai pihak.

“Kita memang menerima aduan daripada pelbagai pihak mengenai kenaikan harga tambang. Kita akan meneliti aduan tersebut supaya kita dapat mencari kaedah bersama-sama syarikat penerbangan bagi mengurangkan kadar tambang berkenaan, kita cuba kurangkan”, katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika menghadiri Program MADANI Kita Bersama Komuniti Darau @Sepanggar di sini hari ini.

Menurutnya, peningkatan kos operasi syarikat penerbangan susulan krisis bekalan tenaga global antara faktor yang menyumbang kepada kenaikan tambang.

Katanya, perhatian turut diberikan kepada penuntut institusi pengajian tinggi dan TVET yang dijangka mendaftar September ini, khususnya mereka yang memerlukan perjalanan udara.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.