SUKMA 2026: Sabah dominasi tiga emas sepak takraw

Foto RTM

PUCHONG, 21 Ogos Sabah menguasai saingan sepak takraw apabila merangkul tiga daripada empat pingat emas yang dipertandingkan pada hari ketujuh temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026.

RINGKASAN BERITA AI
  • Final beregu wanita: Nedveesharny Samaan dan Nazira Hani tewaskan Perlis Syifa Najwa dan Farisha 15-7, 15-7.
  • Beregu lelaki: Norikhman Duraman dan Wan Mohamad Zulhakim Wan Sablee tewaskan Afiq Abdul dan Firdaus 15-8, 15-12.
  • Kuadran wanita: Fisydiana Farodani, Syafieha Odi, Anis Alia Lair dan Nurhazrayanne Ari Rohaizan tewaskan Perak 15-12, 15-11.
  • Kuadran lelaki: Selangor tewaskan Perak 2-1 selepas bangkit; skuad Jefri Ahmad, Shahrain, Azim Azizul dan Adam Haikal.

Tiga emas berkenaan diperoleh menerusi acara beregu wanita, beregu lelaki dan kuadran wanita, manakala Selangor muncul juara kuadran lelaki.

Dalam final beregu wanita, gandingan Nedveesharny Samaan dan Nazira Hani menewaskan gandingan Perlis, Syifa Najwa dan Farisha 15-7 pada set pertama dan 15-7 pada set kedua untuk kemenangan 2-0.

Sabah kemudian menambah emas kedua menerusi acara beregu lelaki apabila pasangan Norikhman Duraman dan Wan Mohamad Zulhakim Wan Sablee menundukkan wakil Perak, Afiq Abdul dan Firdaus, 15-8 dan 15-12 dengan kemenangan, 2-0.

Penguasaan Sabah diteruskan dalam final kuadran wanita apabila Fisydiana Farodani, Syafieha Odi, Anis Alia Lair dan Nurhazrayanne Ari Rohaizan menewaskan Perak 15-12, 15-11 untuk kemenangan straight set.

Sementara itu, Selangor memastikan emas keempat yang dipertandingkan pada Jumaat menjadi milik tuan rumah selepas menewaskan Perak 2-1 dalam final kuadran lelaki.

Skuad Selangor yang dibarisi empat orang pemain Jefri Ahmad, Shahrain, Azim Azizul dan Adam Haikal tewas set pertama 8-15 sebelum bangkit memenangi set kedua 15-12 dan set penentuan 15-8.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.