
JOHOR BAHRU, 25 Oktober – Penjanaan lima (GW) tenaga solar menjelang 2029 menjadi alternatif bagi Kerajaan Johor untuk memenuhi permintaan elektrik yang semakin meningkat susulan pengoperasian pusat data.
- Perancangan lokasi: 4 GW di Kota Tinggi dan Mersing, 1 GW di Segamat.
- Kerajaan negeri menyokong polisi Persekutuan yang menggesa pusat data guna solusi off-grid.
- Pusat data berskala besar dibenarkan menjana elektrik sendiri tertakluk kepada peraturan.
- 21 daripada 65 projek pusat data telah beroperasi menggunakan hampir 1.1 GW; baki 44 dalam pembinaan.
Exco Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri Johor, Lee Ting Han berkata, empat GW tenaga solar dirancang untuk dijana di Kota Tinggi dan Mersing, manakala satu GW, di
Segamat.
“Kita mengalu-alukan polisi baharu daripada Kerajaan Persekutuan dimana pusat data diminta untuk mencari solusi yang alternatif, yang kreatif melalui off-grid solution. Kita akan membenarkan pusat data berskala besar untuk menjana elektrik mereka sendiri tertakluk kepada peraturan yang berkuasa”, katanya.
Ketika ini, 21 daripada 65 projek pusat data yang diluluskan, telah beroperasi di Johor, dijangka menggunakan hampir 1.1 GW tenaga. Manakala, baki 44 projek, dalam fasa pembinaan, dengan perancangan memerlukan tambahan sehingga lima GW.
Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Penutup JTDC Mega Job Fair di Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) Iskandar Puteri di sini.