SUKMA 2026: Selangor tepati ramalan raih emas skuasy berpasukan lelaki

Foto FB MSN Selangor

PETALING JAYA, 21 Ogos – Pasukan skuasy lelaki Selangor menepati ramalan apabila berjaya merangkul pingat emas dalam acara berpasukan lelaki pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 yang berlangsung di Kompleks Sukan Astaka MBPJ.

RINGKASAN BERITA AI
  • Selangor menewaskan Kedah 2-0 untuk merangkul pingat emas acara berpasukan lelaki.
  • G. Keshvan dan M. Nickhileswar mempamerkan aksi konsisten bagi memastikan emas kekal.
  • Nickhileswar rasa lega; emas mengubat kekecewaan selepas perak acara individu, puji semangat berpasukan.
  • Pulau Pinang menang 2-1 ke atas Wilayah Persekutuan sekali gus melengkapkan podium.

Selangor mengesahkan kejuaraan di laman sendiri selepas menewaskan pencabar terdekat, Kedah dengan keputusan 2-0 di pentas final.

Kemenangan tersebut menyaksikan barisan pemain Selangor termasuk G. Keshvan dan M. Nickhileswar mempamerkan aksi konsisten bagi memastikan pingat emas kekal dalam genggaman skuad Gergasi Merah.

Bagi pemain harapan Selangor, M. Nickhileswar , kejayaan itu merupakan pengubat duka buat dirinya selepas sekadar membawa pulang pingat perak dalam acara individu sebelum ini.

“Saya rasa sangat lega dan gembira. Kredit harus diberikan kepada rakan sepasukan saya. Pingat emas ini adalah hasil kerjasama kami yang saling menyokong dan mendorong antara satu sama lain.

Kami sudah seperti adik-beradik, dan ikatan yang kuat inilah yang menjadikan kami pasukan yang mantap,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan di sini.

Sementara itu, dalam aksi penentuan pingat gangsa, Pulau Pinang mengatasi Wilayah Persekutuan, 2-1 untuk melengkapkan kedudukan podium.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.