Proses pelepasan bankrap disasar kurang 36 hari pada 2027

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said

KUALA LUMPUR, 26 Oktober – Sebanyak 253,457 kes pelepasan kebankrapan direkodkan dari 2023 hingga September 2026 menerusi usaha pemulihan di bawah Dasar Peluang Kedua yang diperkenalkan pada 2023.

RINGKASAN BERITA AI
  • Program Pelepasan Fast Track 2026 beri keutamaan kepada ibu atau bapa tunggal, PMKS, mangsa penipuan dan pembeli rumah projek terbengkalai.
  • MdI merancang mempercepat proses pelepasan kebankrapan supaya tempoh pemprosesan kurang daripada 36 hari pada 2027.
  • Jabatan Insolvensi akan memendekkan tempoh pemprosesan dan memberi keutamaan kepada kategori dinyatakan dalam Belanjawan 2027.
  • Peluasan perkhidmatan pendigitalan dijadikan teras untuk memperkukuh mekanisme pemulihan kewangan dan membantu lebih ramai individu layak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, usaha itu turut diperkukuh menerusi Program Pelepasan Fast Track 2026.

Program berkenaan memberi keutamaan kepada golongan tertentu, termasuk ibu atau bapa tunggal, peminjam Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS), mangsa penipuan serta pembeli rumah daripada projek perumahan terbengkalai.

“Bagi tahun 2027, kerajaan melalui Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) merancang untuk mempercepat proses pelepasan kebankrapan berbanding tahun 2026.

“Insya-Allah, tempoh kurang daripada 36 hari perlu menjadi sasaran bagi 2027.

“Ini termasuk memendekkan tempoh pemprosesan dan memastikan kategori yang dinyatakan dalam Belanjawan 2027 diberi keutamaan oleh Jabatan Insolvensi.

“Usaha ini turut melibatkan peluasan perkhidmatan pendigitalan sebagai teras utama untuk memperkukuh mekanisme pemulihan kewangan, sekali gus membantu lebih ramai individu yang layak mendapatkan peluang kedua,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2027 (Belanjawan 2027) Peringkat Dasar bagi kementeriannya di Dewan Rakyat.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.