
FRANKFURT, 20 Ogos- Jerman merekodkan kira-kira 14,000 kematian berkaitan cuaca panas pada musim panas ini, ketika Eropah berdepan siri gelombang haba, menurut data rasmi pada Khamis.
- Kira-kira 9,600 kematian berlaku dalam satu minggu akhir Jun apabila suhu melebihi 40 darjah Celsius.
- Majoriti kematian melibatkan warga berumur lebih 75 tahun dan mereka yang mempunyai masalah kesihatan sedia ada.
- Sepanyol rekod hampir 4,500, Perancis lebih 7,300 kematian; gelombang haba dan kemarau cetus kebakaran, rosak tanaman, turunkan paras sungai.
Institut Robert Koch (RKI) berkata kira-kira 9,600 kematian berlaku dalam tempoh seminggu pada akhir Jun ketika suhu melebihi 40 darjah Celsius.
Angka itu mengatasi rekod sebelumnya pada 2018 apabila Jerman merekodkan 8,900 kematian berkaitan cuaca panas.
Sebahagian besar kematian melibatkan golongan berusia lebih 75 tahun, dengan RKI menjelaskan kebanyakan kematian berlaku akibat kesan haba terhadap individu yang mempunyai masalah kesihatan sedia ada.
Sementara itu, Sepanyol merekodkan hampir 4,500 kematian berkaitan cuaca panas sejak 1 Jun, manakala Perancis melaporkan lebih 7,300 kematian dalam tempoh sama.
Gelombang haba dan kemarau turut mencetuskan kebakaran hutan, menjejaskan hasil tanaman serta menurunkan paras air sungai utama di Jerman. -AFP