SUKMA 2026: Akmal Danial hadiah emas kedua memanah buat Terengganu

RTM

KAJANG, 20 Ogos- Atlet memanah Terengganu, Muhammad Akmal Danial Baharuddin meraih pingat emas keduanya selepas mengungguli acara compound 50 meter (m) individu lelaki pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 di Stadium Inspen, di sini hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Cipta rekod kejohanan dengan mengumpul 700 mata dalam acara kelayakan compound 50m individu.
  • Aksi akhir sengit; kedudukan terikat 59-59 selepas dua end, beliau mengekalkan fokus dan menang 147-144.
  • Kemenangan itu menutup kekecewaan gagal raih emas SUKMA Sarawak; beliau perlu perbaiki prestasi tetapi sedia sertai skuad kebangsaan.

Akmal Danial sebelum ini mencipta rekod baharu kejohanan selepas mengumpul 700 mata dalam acara kelayakan compound 50m individu lelaki untuk meraih emas pertamanya.

“Pada awalnya saya agak gementar, tetapi saya fikir dalam hati, buat sahaja yang terbaik. Alhamdulillah, dapat dua pingat,” katanya.

Dalam aksi final hari ini, atlet berusia 18 tahun itu berdepan saingan sengit apabila kedudukan terikat 59-59 selepas dua end pertama sebelum mengekalkan fokus untuk mencatat kemenangan 147-144.

Kemenangan itu turut menyaksikan Akmal Danial menutup kekecewaan selepas gagal meraih emas pada SUKMA Sarawak dua tahun lepas.

Mengulas peluang menyertai skuad kebangsaan, Akmal Danial berkata beliau masih perlu meningkatkan prestasi, namun bersedia menerima peluang sekiranya diberikan.

Pingat perak menjadi milik pemanah Pulau Pinang, Lee Meng Zhe, manakala gangsa diraih rakan sepasukannya dari Terengganu, yang juga pemanah negara, Muhammad Aiman Syafiq Mohd Tariki.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.