PM arah KESUMA teliti permohonan doktor mahu kembali berkhidmat di tanah air

Facebook: Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 19 Ogos- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) meneliti permohonan doktor yang bertugas di luar negara untuk kembali berkhidmat di tanah air.

RINGKASAN BERITA AI
  • Penelitian meliputi proses permohonan di bawah TalentCorp, termasuk jumlah yang diluluskan dan ditolak.
  • Laporan mesti menyertakan bilangan permohonan diterima dan tempoh pemprosesan.
  • Isu ini timbul susulan kebimbangan dibangkitkan oleh Majlis Perubatan Malaysia.
  • Pernyataan dibuat oleh jurucakap kerajaan Datuk Seri Fahmi Fadzil pada sidang media mingguan Kementerian Komunikasi.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata penelitian itu turut meliputi proses permohonan di bawah Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) termasuk jumlah permohonan yang diluluskan dan ditolak.

Arahan berkenaan susulan beberapa isu yang dibangkitkan Majlis Perubatan Malaysia atau Malaysian Medical Council (MMC) kepada Perdana Menteri.

“Perdana Menteri meminta pihak KESUMA meneliti perkara ini dan melaporkan semula kepada Jemaah Menteri termasuk berapa banyak permohonan yang telah diterima tempoh yang diambil untuk memprosesnya serta jumlah yang diluluskan dan ditolak.

“Ini termasuk permohonan doktor yang ingin kembali ke Malaysia untuk berkhidmat, susulan beberapa perkara yang telah dibangkitkan oleh MMC kepada Perdana Menteri,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata demikian pada Sidang Media Mingguan di Kementerian Komunikasi, di sini, hari ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.