PPKN 100 tahun: Wan Azizah mahu warisan rawatan kusta dipelihara

 Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melawat PPKN hari ini/ RTM

SUNGAI BULOH, 19 Ogos- Pusat Kawalan Kusta Negara (PPKN) yang genap 100 tahun perlu terus diperkasa dengan mengambil kira nilai sejarah dan warisan yang telah dipelihara sepanjang penubuhannya, kata Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Amal Silaturahim Isteri-Isteri Harapan Malaysia (KASIH Malaysia), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

RINGKASAN BERITA AI
  • Usaha menaik taraf dan menambah baik PPKN mesti mengambil kira nilai sejarah dan warisan pusat itu.
  • PPKN diiktiraf sebagai ikon rawatan kusta dan mempunyai nilai penting dalam sejarah penjagaan penyakit ini.
  • Wan Azizah menekankan agar warisan PPKN dipelihara, disantuni dan dijaga dengan sebaik mungkin.

Beliau berkata usaha menaik taraf dan menambah baik PPKN perlu dilaksanakan dengan mengambil kira warisan sejarah pusat berkenaan yang mempunyai nilai penting dalam rawatan penyakit kusta di negara ini.

“Tempat ini (PPKN) mempunyai sejarah yang baik dalam rawatan untuk rakyat dan sudah menjadi satu ikon.

“Kita kena jaga dan kalau boleh, warisan ini dipelihara, disantuni dan dijaga dengan sebaik mungkin,” katanya ketika ditemui media selepas lawatannya ke PPKN di sini, hari ini.

PPKN yang ditubuhkan pada 1926 kini genap 100 tahun dan terus menjadi sebahagian daripada sejarah rawatan penyakit kusta di Malaysia.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.