Kerajaan beri masa kaji pelaksanaan sistem SST-GST

Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 18 Ogos – Kerajaan memberi ruang kepada Kementerian Kewangan untuk menjalankan kajian menyeluruh berhubung cadangan pelaksanaan sistem percukaian hibrid Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

RINGKASAN BERITA AI
  • Menteri Kewangan II diberi masa menyediakan laporan sebelum dibawa semula ke Jemaah Menteri untuk perbincangan lanjut.
  • Kajian masih di peringkat awal dan tidak boleh dilaksanakan secara terburu-buru, memerlukan penelitian teliti.
  • Kementerian Kewangan akan pertimbangkan pengajaran daripada pelaksanaan GST dan isu-isu berkaitan sistem SST sebelum membuat keputusan.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil, berkata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan diberikan masa untuk menyediakan laporan sebelum dibawa semula ke Jemaah Menteri bagi perbincangan lanjut.

Beliau berkata kajian itu masih di peringkat awal dan tidak boleh dilaksanakan secara terburu-buru.

“Ini masih di peringkat awal dan Kementerian Kewangan diberi masa memandangkan ia bukan satu perkara yang boleh dilakukan secara terburu-buru dan melibatkan aspek-aspek pengajaran daripada pelaksanaan sistem GST, isu-isu yang dihadapi berdasarkan sistem SST waktu ini.

“Jadi perkara-perkara ini akan dipertimbang oleh Kementerian Kewangan sebelum dibawa untuk dibincang dan diputus di Jemaah Menteri,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Sidang Media Mingguan di Kementerian Komunikasi, Putrajaya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.