Polis Pulau Pinang lupus barang kes bernilai RM13.6 juta

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Dennis Lim/ Foto PDRM Pulau Pinang

KEPALA BATAS, 18 Ogos – Polis Pulau Pinang melupuskan barang kes bernilai kira-kira RM13.6 juta yang terkumpul daripada pelbagai kes siasatan yang dijalankan sejak 1997.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pelupusan melibatkan barangan kes dari tiga jabatan utama iaitu JSJ, JSJN dan JSJK.
  • Kesemua barangan mendapat perintah pelupusan; barang elektronik dan bahan kimia diserahkan kepada syarikat berdaftar JAS.
  • JSJN mencatat pelupusan terbesar bernilai RM11.5 juta termasuk hampir dua tan dadah, 666 liter cecair dan 500 kg peralatan.
  • JSJ: 271 kertas sejak 2019 bernilai RM800,000 termasuk mesin bitcoin, arak dan rokok; JSJK barangan bernilai RM1.3 juta turut dilupus.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Dennis Lim berkata pelupusan tersebut melibatkan barangan kes daripada tiga jabatan utama iaitu Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK).

Beliau berkata, kesemua barangan kes berkenaan telah mendapat perintah pelupusan sebelum proses itu dilaksanakan.

“Jadi, hari ini kita menyaksikan proses pelupusan barang kes berkenaan. Bagi barangan yang mempunyai unsur elektronik atau bahan kimia, ia akan diserahkan kepada syarikat yang berdaftar dengan Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk dilupuskan mengikut prosedur yang ditetapkan, termasuk barangan e-sisa dan bahan kimia”, katanya semasa di Sidang Media Pelupusan Barang Kes di Stor Barang Kes Pusat, Kepala Batas.

Pelupusan tersebut membabitkan barang kes JSJ merangkumi 271 kertas siasatan bermula tahun 2019 bernilai RM800,000 antaranya adalah 177 mesin bitcoin, 2,080 botol arak kontraband, 1,183 karton rokok, serta peranti elektronik.

Manakala, pelupusan terbesar barang kes JSJN bernilai RM11.5 juta daripada 2,003 kertas siasatan sejak 1997 yang merangkumi hampir dua tan dadah pelbagai jenis, 666 liter cecair dadah dan 500 kilogram bahan dan peralatan yang digunakan untuk memproses dadah.

Bagi JSJK pula, barangan bernilai RM1.3 juta daripada 162 kertas siasatan turut dilupuskan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.