33 PATI ditahan dalam Op Bersepadu di Pandan Indah

PATI ditahan di sekitar Taman Komersial Pandan Indah / Foto PDRM

AMPANG, 18 Ogos – Jabatan Imigresen (JIM) Selangor menahan seramai 33 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam operasi bersepadu di sekitar Taman Komersial Pandan Indah, di sini, semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tangkapan melibatkan 25 lelaki dan lapan wanita; warga Myanmar (16), Bangladesh (14), India (2) dan Pakistan (1).
  • Operasi bermula jam 10 pagi memeriksa 171 individu di kawasan tumpuan warga asing: Taman Pandan Komersial dan Taman Pandan Mewah.
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
  • Operasi diketuai Polis Diraja Malaysia bersama JIM, PGA, KPDN, JPN, JKM, MPAJ dan TNB.

Timbalan Pengarah Imigresen Negeri Selangor (Kawalan), Mohmad Khusairi Kamarudin berkata, tangkapan melibatkan 25 lelaki dan lapan wanita, terdiri daripada 16 warga Myanmar, Bangladesh (14), India (2) dan seorang warga Pakistan.

“Operasi yang bermula jam 10 pagi itu menyaksikan 171 individu diperiksa, membabitkan kawasan tumpuan warga asing di sekitar Taman Pandan Komersial dan Taman Pandan Mewah,” katanya menerusi satu kenyataan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Operasi yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu dilaksanakan bersama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Pasukan Gerakan Am (PGA), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.