Rybakina atasi Frech, mara pusingan keempat Cincinnati

Elena Rybakina dan Magdalena Frech/ AFP

CINCINNATI, 18 Ogos- Bintang tenis Kazakhstan, Elena Rybakina mengharungi dua penangguhan perlawanan akibat hujan sebelum menewaskan Magdalena Frech, 6-4, 7-6 (7-2) untuk mara ke pusingan keempat Terbuka Cincinnati, awal pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perlawanan dihentikan dua kali akibat hujan, masing-masing selepas sembilan permainan set pertama dan pada permainan ketujuh set kedua.
  • Rybakina gagal memanfaatkan tiga mata perlawanan ketika Frech melakukan servis pada permainan ke-12 set kedua.
  • Frech mempertahankan servis untuk memaksa tie-break, namun Rybakina menguasai tie-break 7-2 pada peluang keempat.
  • Iga Swiatek bangkit kalahkan Maria Sakkari 4-6, 6-1, 6-1; Thiago Tirante teruskan rentak selepas tewaskan Martin Landaluce.

Perlawanan itu berlangsung lebih dua jam dengan kedua-dua pemain terpaksa meninggalkan gelanggang sebanyak dua kali akibat hujan, masing-masing selepas sembilan permainan set pertama dan pada permainan ketujuh set kedua.

Rybakina yang merupakan pilihan kedua gagal memanfaatkan tiga mata perlawanan ketika Frech dari Poland melakukan servis pada permainan ke-12 set kedua, sebelum pemain Poland itu mempertahankan servis untuk memaksa tie-break.

Bagaimanapun, Rybakina memastikan kemenangan pada peluang keempat selepas menguasai tie-break 7-2, kira-kira 10 minit sebelum hujan kembali turun.

Sementara itu, juara bertahan Iga Swiatek bangkit selepas tewas set pertama untuk menewaskan Maria Sakkari 4-6, 6-1, 6-1.

Dalam saingan lelaki, Thiago Tirante meneruskan rentak kemenangan selepas mengejutkan Novak Djokovic pada pusingan kedua dengan menewaskan Martin Landaluce 7-6 (7-5), 7-6 (7-4). -AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.