SPRM, CIDB perkukuh usaha cegah rasuah dalam sektor pembinaan

Pengarah SPRM Terengganu, Hazrul Shazreen Abd Yazid / Foto Facebook SPRM Terengganu

JENAGOR, 17 Ogos – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu memperkukuh usaha pencegahan rasuah dalam sektor pembinaan menerusi kerjasama strategik dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Terengganu menerusi program Pemerkasaan Antirasuah, Ketelusan, Sahsiah dan Integriti (PAKSI) serta Majlis Ikrar Bebas Rasuah.

RINGKASAN BERITA AI
  • SPRM beri penjelasan terperinci mengenai impak negatif rasuah kepada warga CIDB.
  • SPRM menyokong agenda antirasuah CIDB kerana CIDB berperanan mengawal selia dan menyediakan latihan sektor pembinaan.
  • Sektor pembinaan antara industri paling berisiko terlibat kegiatan rasuah tanpa usaha pencegahan.
  • Komitmen berterusan warga CIDB, ABM dan CIDB Technologies penting untuk tadbir urus telus, integriti dan keyakinan pemegang taruh.

Pengarah SPRM Terengganu, Hazrul Shazreen Abd Yazid berkata dalam program berkenaan, pihaknya berperanan memberikan penjelasan terperinci mengenai impak negatif rasuah kepada warga CIDB.

“SPRM menyokong usaha CIDB memperkukuh agenda antirasuah di peringkat organisasi dan industri, memandangkan CIDB mempunyai peranan penting dalam mengawal selia serta menyediakan latihan berkaitan sektor pembinaan,” katanya.

Mengulas lanjut katanya sektor pembinaan menjadi antara industri paling berisiko terbabit dalam kegiatan rasuah sekiranya tiada usaha untuk mencegahnya.

Sementara itu, Pengarah CIDB Terengganu, Mohamad Norsani Katap berkata komitmen berterusan daripada seluruh warga CIDB amat penting dalam memastikan tadbir urus organisasi yang kekal telus, berintegriti sekali gus bebas daripada amalan rasuah.

“CIDB, Akademi Binaan Malaysia dan CIDB Technologies bersama-sama menolak budaya rasuah bagi memastikan integriti terus dipelihara, bukan sahaja dalam kalangan warga kerja tetapi juga melibatkan pemegang taruh, kontraktor dan pembekal sekali gus meningkatkan imej serta keyakinan terhadap organisasi pada masa kini dan akan datang,” ujarnya.

Hazrul dan Norsani ditemui pada Majlis Perasmian program PAKSI di ABM Wilayah Timur di sini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.