
KUALA KEDAH, 17 Ogos – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang awak-awak bot nelayan tempatan yang dipercayai terjatuh ke laut ketika menjalankan aktiviti menangkap ikan semalam, diteruskan hari ini.
- Maritime Rescue Sub Centre Langkawi mengaktifkan operasi SAR untuk mengesan mangsa.
- Mangsa dikenali sebagai Nattapong Phakhokthom, warganegara Thailand.
- Kejadian dipercayai berlaku ketika menarik pukat kira-kira 27 batu nautika barat Tanjung Dawai.
- Orang ramai diminta menghubungi 04-731 0579 atau talian kecemasan 999 dengan maklumat.
Pengarah Maritim Zon Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak menerusi kenyataan berkata, Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Langkawi mengaktifkan operasi SAR bagi mengesan mangsa.
“Mangsa dikenal pasti sebagai Nattapong Phakhokthom, warganegara Thailand.
Menurutnya, ketika kejadian, mangsa dipercayai sedang menarik pukat di kedudukan kira-kira 27 batu nautika barat Tanjung Dawai,” menurut kenyataan itu.
Operasi SAR diteruskan bagi mengesan dan menemukan mangsa.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian atau kecemasan di laut diminta menghubungi Pusat Operasi Ibu Pejabat Maritim Zon Kuala Kedah di talian 04-731 0579 atau talian kecemasan 999 bagi membolehkan tindakan segera diambil.