DAP sokong pemansuhan AUKU – Loke

Foto RTM

PUTRAJAYA, 16 Ogos – Parti Tindakan Demokratik (DAP) menyokong penuh cadangan pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971.

RINGKASAN BERITA AI
  • Anthony Loke mengakui menjadi mangsa AUKU semasa pengajian universiti.
  • AUKU mencetuskan kebimbangan bersuara dalam kalangan mahasiswa, menghalang kebebasan berpendapat.
  • Pelaksanaan pemansuhan perlu disusuli keputusan tegas oleh Jemaah Menteri.
  • Cadangan termasuk reformasi lain, khususnya memperluas peluang pendidikan.

Setiausaha Agungnya, Anthony Loke berkata pemansuhan AUKU telah diperjuangkan parti itu sejak sekian lama bagi memastikan kebebasan mahasiswa lebih terjamin.

Beliau mengakui pernah menjadi mangsa AUKU ketika menjadi mahasiswa di sebuah universiti tempatan malah menyifatkan akta berkenaan mewujudkan kebimbangan bersuara dalam kalangan mahasiswa.

“DAP akan terus memberikan sokongan terhadap semua dasar positif berkenaan, namun menegaskan pelaksanaannya perlu disusuli dengan keputusan tegas oleh Jemaah Menteri bagi merealisasikan pemansuhan AUKU,” ujarnya.

“Kita mencadangkan agar bukan setakat AUKU sahaja, malah beberapa semangat reformasi lain khususnya memperluas peluang pendidikan turut dicadangkan,” tegasnya ketika berucap pada Kongres Kebangsaan DAP 2026 di sini, hari ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.