
KUALA LUMPUR, 16 Ogos – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda lapan negeri hingga pukul 1.00 tengah hari.
- Negeri terlibat di Semenanjung: Perlis, Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar), Pahang (Kuantan, Pekan, Jerantut).
- Amaran sama bagi Selangor (Sepang, Kuala Langat), Negeri Sembilan (Port Dickson, Seremban, Rembau, Kuala Pilah, Tampin), Melaka, Johor (Tangkak, Muar).
- Beberapa kawasan Sarawak terjejas: Mukah, Sibu (Selangau, Sibu), Sarikei (Sarikei, Maradong), Bintulu, Kapit (Kapit, Bukit Mabong), Miri (Subis).
MetMalaysia menerusi kenyataan memaklumkan negeri yang terlibat ialah Perlis, Kedah (Langkawi, Kubang Pasu dan Kota Setar) dan Pahang (Kuantan, Pekan dan Jerantut).
Amaran sama turut dikeluarkan bagi negeri Selangor (Sepang dan Kuala Langat), Negeri Sembilan (Port Dickson, Seremban, Rembau, Kuala Pilah dan Tampin), Melaka dan Johor (Tangkak dan Muar).
Manakala beberapa kawasan di Sarawak dijangka mengalami cuaca sama iaitu Mukah, Sibu (Selangau dan Sibu), Sarikei (Sarikei dan Maradong), Bintulu, Kapit (Kapit dan Bukit Mabong), dan Miri (Subis).