
SHAH ALAM, 15 Ogos – Terengganu A menempah tempat ke peringkat akhir Bola Tampar Pantai kategori lelaki SUKMA Selangor 2026 edisi ke-22 selepas menundukkan Selangor B sekali gus bakal berentap menentang Perak A pada petang ini.
- Terengganu A menang straight set 21-17, 22-20; aksi memukau Noraiman Shah dan Muhammad Isma Haziq.
- Selangor A akan menentang Pulau Pinang A dalam perlawanan akhir wanita selepas menundukkan Sarawak A.
- Perlawanan penentuan pingat emas, perak dan gangsa dijadualkan berlangsung petang ini.
Perlawanan yang berlangsung di Gelanggang Bola Tampar Pantai, Dewan Besar Tanjung MBSA Seksyen 19 Shah Alam menyaksikan permainan yang menarik ditonjolkan kedua-dua pasukan.
Terengganu A menang dengan straight set pada perlawanan tersebut dengan mata keseluruhan 21-17, 22-20 menerusi aksi memukau ditonjolkan pemain Noraiman Shah dan Muhammad Isma Haziq.
Manakala bagi kategori wanita pula, Selangor A akan menentang Pulau Pinang A pada perlawanan akhir selepas menundukkan Sarawak A pada perlawanan yang berlangsung pagi tadi.
Aksi kemas yang ditonjolkan gandingan adik beradik Rachael Goh Yu Jie serta Goh Yu Heng itu membuahkan hasil apabila turut menang straight set dengan keputusan 21-13, 21-14.
Perlawanan bagi penentuan pingat emas, perak dan gangsa dijadualkan berlangsung petang ini.