
KUALA LUMPUR, 15 Ogos – Dua pelajar Maktab Rendah ains MARA (MRSM) Alor Gajah yang dilaporkan hilang sejak 11 Ogos lalu, telah ditemui pihak polis, pada Jumaat.
- Pengesahan dikeluarkan oleh Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus.
- Ditemui oleh pasukan IPD Alor Gajah di Central Market, Kuala Lumpur pada 14 Ogos 2026 sekitar 10.30 malam.
- Kedua-dua pelajar mendapatkan rawatan di sebuah Klinik Kesihatan berhampiran kerana dilaporkan kurang sihat.
- Dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan lanjut dan kemudiannya diserahkan semula kepada keluarga; punca masih disiasat.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus menerusi satu kenyataan mengesahkan perkara tersebut.
“Kedua-dua pelajar berkenaan telah ditemui oleh pihak polis daripada IPD Alor Gajah di kawasan Central Market, Kuala Lumpur pada 14 Ogos 2026, kira-kira pukul 10.30 malam.
“Sebelum itu, kedua-dua pelajar berkenaan telah mendapatkan rawatan di sebuah Klinik Kesihatan berhampiran selepas dilaporkan kurang sihat,” menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Kedua-duanya pelajar berkenaan kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menjalani pemeriksaan kesihatan lanjut dan telah diserahkan kembali kepada pihak keluarga.
Punca dan keadaan berkaitan kejadian berkenaan masih dalam siasatan pihak polis.