Sultan Terengganu selamat menjalani rawatan

Tangkap layar kenyataan Pejabat Sultan Terengganu

KUALA LUMPUR, 15 Ogos – Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin selamat menjalani rawatan dan kini sedang beristirehat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pejabat Sultan Terengganu mengeluarkan kenyataan yang dikongsi Jabatan Penerangan.
  • Sultan dan keluarga menzahirkan penghargaan serta rasa terharu kepada semua yang mendoakan.
  • Menghargai masjid, surau, institusi tahfiz, alim ulama, pemimpin, organisasi dan rakyat yang mengadakan solat hajat serta bacaan Yasin.
  • Pejabat memaklumkan baginda dalam keadaan sihat dan akan meneruskan rawatan susulan mengikut jadual pasukan perubatan.

Pejabat Sultan Terengganu dalam kenyataan dikongsikan Jabatan Penerangan hari ini memaklumkan Sultan Mizan dan keluarga menzahirkan penghargaan serta rasa terharu kepada semua pihak yang mendoakan baginda.

“Sultan Mizan menzahirkan ucapan penghargaan dan perasaan terharu serta ucapan terima kasih baginda dan keluarga kepada semua masjid, surau, institusi tahfiz, alim ulama, pemimpin masyarakat, badan organisasi, individu serta seluruh lapisan rakyat yang telah mendoakan dan melaksanakan solat hajat serta bacaan Yasin untuk baginda.

“Hanya Allah SWT yang membalasnya. Semoga Allah SWT terus mengurniakan kesihatan yang baik dan berpanjangan serta dipermudah segala urusan baginda,” menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, Pejabat Sultan Terengganu memaklumkan Sultan Mizan dalam keadaan sihat dan akan meneruskan rawatan susulan seperti yang dijadualkan oleh pasukan perubatan baginda.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.