Pendatang Israel kepung tiga rumah keluarga Palestin di Tebing Barat

Pendatang Israel khemah berhampiran kediaman keluarga Palestin/ REUTERS

TEBING BARAT, 14 Ogos – Pendatang Israel mendirikan khemah berhampiran kediaman keluarga Palestin yang terperangkap di sebuah kampung di Qusra, Tebing Barat pada Jumaat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Seorang pendatang membaling batu ke arah kampung sementara anggota tentera Israel dan kenderaan tentera ditempatkan di lokasi.
  • Pendatang menutup jalan menuju tiga rumah dan mendirikan khemah di halaman hadapan kediaman.
  • Mereka menghalang penghuni keluar atau memasuki rumah dan sebelum ini memutuskan bekalan elektrik serta air.
  • Tentera rejim Zionis turut mengusir penduduk Palestin dari kawasan berkenaan.

Rakaman menunjukkan seorang pendatang turut membaling batu ke arah kampung berkenaan, manakala anggota tentera Israel bersama kenderaan tentera ditempatkan di lokasi itu.

Kepungan itu bermula pada hujung minggu lalu apabila pendatang Yahudi menutup jalan menuju tiga rumah di kampung Palestin berkenaan dan mendirikan khemah di halaman hadapan kediaman.

Mereka turut menghalang penghuni daripada keluar atau memasuki rumah, selain sebelum ini memutuskan bekalan elektrik dan air kepada keluarga terbabit.

Tentera rejim Zionis juga melakukan tindakan dengan mengusir penduduk Palestin dari kawasan berkenaan.- REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.