Pertemuan kelab perempuan membaca diperluas ke seluruh negara

Foto Bernama

MELAKA, 17 Oktober -Pertemuan Kelab Perempuan Membaca bakal diperluas ke seluruh negara menerusi penganjuran secara berkala bagi menyemarakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tujuan: membuka peluang kepada lebih ramai wanita dan golongan muda serta memupuk minat membaca secara berterusan.
  • Program dipilih Melaka sebagai lokasi pertama kerana berhampiran Kuala Lumpur dan menerima permintaan tinggi daripada rakan-rakan.
  • Kegiatan memerlukan perancangan dan kemampuan Kota Buku; kementerian akan berusaha melaksanakan di lebih banyak negeri berdasarkan permintaan.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek, berkata usaha itu bertujuan membuka peluang kepada lebih ramai wanita dan golongan muda untuk menyertai program berkenaan, sekali gus memupuk minat membaca secara berterusan.

“Kita menerima banyak permintaan daripada rakan-rakan untuk mengadakan pertemuan ini di seluruh negara. Melaka merupakan lokasi pertama yang dipilih kerana kedudukannya yang berhampiran dengan Kuala Lumpur.

“Insya-Allah, pertemuan akan datang akan diperluas ke negeri-negeri lain berdasarkan permintaan yang tinggi. Saya memohon maaf kerana usaha ini memerlukan perancangan dan kemampuan pihak Kota Buku. Namun, kita akan berusaha sebaik mungkin untuk melaksanakannya di lebih banyak lokasi, khususnya di negeri-negeri lain,” katanya kepada pemberita pada pertemuan ketiga Kelab Perempuan Membaca di Bandaraya Melaka.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.