
SAN JUAN, 12 Ogos – Puluhan ribu penduduk di Puerto Rico kini berdepan kesukaran mendapatkan bekalan air harian selepas kerajaan melaksanakan program pengagihan dan pencatuan air secara berjadual berikutan krisis kemarau yang semakin meruncing di wilayah berkenaan.
- Catuan air dijalankan kerana paras Empangan Carraizo menurun kritikal; bekalan diputus bergilir hingga 48 jam.
- Tujuh perbandaran termasuk San Juan terjejas; penduduk beratur di perigi komuniti dan pusat pengagihan untuk bekalan asas.
- Sektor perniagaan terjejas, gabenor belum pasti tempoh catuan; hampir 68 peratus wilayah dilanda kemarau dan rekod kering direkodkan.
Pihak Berkuasa mengesahkan langkah pencatuan tersebut terpaksa diambil akibat penurunan paras air yang kritikal di Empangan Carraizo.
Penguatkuasaan catuan air berjadual menjejaskan tujuh perbandaran termasuk ibu negara, San Juan.
“Kawasan terjejas dibahagikan kepada dua zon yang akan terputus bekalan air secara bergilir-gilir hingga 48 jam pada satu-satu masa.
Langkah tersebut dijangka berlanjutan sekurang-kurangnya sehingga akhir bulan ini,” jelasnya.
Situasi sukar berkenaan menyaksikan ramai penduduk beratur panjang di perigi komuniti dan pusat pengagihan air awam untuk membawa pulang bekalan asas.
Selain isi rumah, sektor perniagaan tempatan yang bergantung sepenuhnya kepada bekalan air turut terjejas teruk.
Sementar itu, Gabenor Puerto Rico, Jenniffer Gonzalez memaklumkan beliau belum dapat memastikan tempoh sebenar program catuan ini akan berlanjutan.
Menurut data Pemantau Kemarau AS, hampir 68 peratus wilayah itu kini dilanda kemarau, manakala Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan mengesahkan San Juan mencatatkan rekod paling kering dalam sejarah pada Julai.- REUTERS