ISC Global perkukuh kerjasama Malaysia, Asia Barat

Foto BERNAMA

PETALING JAYA, 11 Ogos – Hubungan Malaysia dengan negara di Asia Barat terus diperkukuh menerusi peningkatan kerjasama perdagangan dan pelaburan khususnya dalam sektor strategik.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pembukaan cawangan ISC Global di Malaysia mencerminkan keyakinan pelabur asing.
  • Perkembangan ini memerlukan pengurusan projek yang kukuh dan tenaga kerja berkemahiran tinggi.
  • Malaysia mempunyai kepakaran dalam infrastruktur, pembinaan, teknologi dan pelaksanaan projek, membuka peluang perkongsian.
  • Kehadiran ISC diharap menjadi pemangkin projek serta kerjasama jangka panjang, menyokong pemelbagaian ekonomi dan pembangunan mampan berasaskan pengetahuan.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pembukaan cawangan baharu ISC Global Company di Malaysia mencerminkan keyakinan pelabur asing terhadap Malaysia.

“Perkembangan ini memerlukan pengurusan projek yang kukuh serta tenaga kerja berkemahiran tinggi. Malaysia pula mempunyai kepakaran dalam infrastruktur, pembinaan, teknologi dan pelaksanaan projek, sekali gus membuka peluang kerjasama melalui perkongsian kepakaran, teknologi dan akses ke pasaran baharu,” katanya.

Beliau berucap pada majlis perasmian pejabat baharu ISC Group Malaysia, di sini pada Isnin.

Katanya, kerjasama berkenaan selari usaha kedua-dua pihak mempelbagai ekonomi, memperkukuh pembangunan mampan dan memperluas pertumbuhan berasas pengetahuan.

Beliau berharap kehadiran syarikat berkenaan menjadi pemangkin kepada lebih banyak projek serta kerjasama jangka panjang yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.