Umat Islam diseru jadi contoh terbaik, perkukuh keharmonian

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Program Semarak Kenegaraan di Kem Terendak, Melaka/Foto PMO

MASJID TANAH, 7 Ogos – Umat Islam perlu menjadi contoh terbaik kepada masyarakat dengan mengamalkan nilai-nilai Islam yang seimbang serta mengamalkan sikap hormat-menghormati terhadap penganut agama dan kaum lain demi memperkukuh keharmonian negara.

RINGKASAN BERITA AI
  • Konsep ummatan wasatan: pelihara keseimbangan iman, ilmu, akal serta dunia dan akhirat.
  • Terjemahkan keseimbangan kepada pentadbiran bersih tanpa penyelewengan dan rasuah, serta hubungan harmoni tanpa mengira latar belakang.
  • Hormat sesama manusia, penganut agama lain, tumbuhan, haiwan dan alam sekitar sebagai manifestasi akhlak seimbang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, konsep ummatan wasatan yang digariskan al-Quran menuntut umat Islam memelihara keseimbangan antara
iman, ilmu, akal, serta aspek kehidupan dunia dan akhirat.

Dalam konteks pentadbiran dan kehidupan bermasyarakat, keseimbangan itu perlu diterjemahkan melalui pentadbiran yang bersih daripada penyelewengan dan rasuah, serta hubungan yang harmoni sesama masyarakat tanpa mengira latar belakang.

“Keseimbangan inilah yang buat kita jadi istimewa, kita hormat dan kasih sesama Islam, hormat orang bukan Islam, hormat sesama manusia, malah hormat tumbuh-tumbuhan, haiwan yang tak mengancam, serta alam sekitar. Inilah yang dinamakan ummatan wasatan

“Apabila semua ini wujud, Allah dah janji dalam al-Quran, litakunu syuhada’a ’alan-nas. Sekiranya perangai dan akhlak kita betul-betul baik, negeri kita bersih daripada penyelewengan dan rasuah, hubungan dengan orang Islam dan bukan Islam kita jaga, malah alam sekitar pun kita tak rosakkan sesuka hati, barulah dinamakan seimbang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucaptama pada Majlis Perasmian Karnival Gelombang MADANI di Kompleks Sukan Masjid Tanah, di sini hari ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.