Vinicius lanjut kontrak dengan Real Madrid hingga 2032

Vinicius Junior menamatkan spekulasi berhubung masa depannya selepas menandatangani kontrak lanjutan selama enam tahun dengan Real Madrid – Foto AFP

MADRID, 7 Ogos – Real Madrid mengumumkan Vinicius Junior telah melanjutkan kontrak dengan kelab itu selama enam tahun hingga 2032.

RINGKASAN BERITA AI
  • Menamatkan spekulasi mengenai masa depan yang dikaitkan dengan Arsenal.
  • Kontrak sebelumnya hanya berbaki setahun; media melaporkan Arsenal berminat.
  • Muncul tonggak utama Real sejak menyertai kelab pada usia 18, lapan tahun lalu.
  • Jaring 128 gol dalam 375 penampilan; membantu memenangi dua Liga Juara Eropah dan tiga La Liga.

Perkembangan terbaharu itu sekali gus menamatkan spekulasi berhubung masa depan pemain antarabangsa Brazil berkenaan yang dikaitkan dengan Arsenal.

“Real Madrid FC dan Vinicius Jr telah mencapai persetujuan mengenai lanjutan kontrak pemain yang kini terikat bersama kelab sehingga 30 Jun 2032,” menurut kenyataan Los Blancos.

Kontrak terdahulu penyeran berusia 26 tahun itu hanya berbaki setahun dengan laporan media sebelum ini mendakwa Arsenal berminat mendapatkan khidmatnya ketika masa depannya di Santiago Bernabeu menjadi tanda tanya.

Vinicius muncul tonggak utama Real Madrid sejak menyertai kelab itu lapan tahun lalu ketika berusia 18 tahun dan memainkan peranan penting dalam pelbagai kejayaan pasukan.

Sepanjang tempohnya bersama Los Blancos, beliau telah menjaringkan 128 gol dalam 375 penampilan serta membantu Real Madrid memenangi pelbagai trofi, termasuk dua gelaran Liga Juara Eropah dan tiga kejuaraan La Liga. – AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.