2 maut, 13 cedera dalam letupan bas di pinggir Damsyik

Keadaan bas mini yang rosak teruk selepas sebutir bom meletup sehingga mengorbankan dua nyawa dan mencederakan 13 yang lain – Foto AFP

DAMSYIK, 7 Ogos – Sekurang-kurangnya dua maut, manakala 13 cedera selepas sebutir bom yang dipasang pada sebuah bas meletup di bandar Jaramana, di pinggir Damsyik.

RINGKASAN BERITA AI
  • Bas mini rosak teruk; bumbung tercabut dan serpihan bertaburan di jalan.
  • Televisyen kerajaan melaporkan letupan berpunca daripada bom dipasang di dalam bas.
  • Tiada pihak mengaku bertanggungjawab; ibu negara dan pinggirannya kerap menjadi sasaran sejak perubahan pemerintahan.

Dalam kejadian itu, sebuah bas mini dilaporkan mengalami kerosakan teruk dengan bumbungnya tercabut, manakala bahagian casis dan serpihan bertaburan di atas jalan, menurut imej AFP.

“Menurut maklumat awal, letupan di bandar Jaramana berpunca daripada bom yang dipasang di dalam sebuah bas mini, ” lapor televisyen kerajaan Syria memetik sumber rasmi.

Tiada kumpulan setakat ini mengaku mendalangi serangan terbabit.

Sejak penggulingan Presiden Bashar al-Assad pada Disember 2024, pihak berkuasa baharu berhaluan Islam di negara itu berusaha mengambil kawalan penuh serta memulihkan keselamatan.

Bagaimanapun, ibu negara Syria, Damsyik, dan kawasan pinggirnya sering menjadi lokasi serangan serta insiden yang menyasarkan orang awam dan pasukan keselamatan sejak mereka mengambil alih pemerintahan.

Seorang jurugambar AFP melihat beberapa ambulans menuju ke lokasi kejadian, manakala laluan utama di kawasan berkenaan ditutup kepada lalu lintas.

Kementerian Kesihatan sebelum ini memaklumkan bahawa identiti mayat mangsa sedang dikenal pasti dan diproses oleh pasukan perubatan forensik,” menurut agensi berita SANA. – AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.