
ALOR GAJAH, 6 Ogos – Projek pembinaan bilik darjah tambahan menggunakan konsep ‘Modular Precast System’ (MPS) di sekolah terpilih seluruh negara dijangka siap mengikut jadual, sebelum akhir tahun ini.
- Konsep MPS kukuh dan berkualiti, setara dengan bangunan sedia ada.
- Sistem MPS membolehkan pembinaan lebih pantas berasaskan modul yang digunakan di China.
- Kaedah ini pada masa ini hanya digunakan untuk projek pembinaan bangunan tambahan.
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan memaklumkan kemudahan pelaksanaan konsep berkenaan adalah kukuh dan berkualiti sama seperti bangunan sedia ada.
“Sistem berkenaan juga membolehkan pembinaan bangunan lebih pantas merujuk kepada modul yang digunakan di China,” katanya dalam sidang media dalam lawatan ke Pejabat Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Alor Gajah.
Beliau bagaimanapun memberitahu kaedah yang digunakan itu, ketika ini hanya untuk pembinaan projek-projek bangunan tambahan.
Sehingga Julai lepas, sebanyak RM6.82 juta telah diperuntukkan bagi penyelenggaraan Jalan Persekutuan termasuk kerja-kerja pembaikan jalan, penyelenggaraan sistem perparitan, mengecat garisan jalan serta membaik pulih jambatan di seluruh Daerah Alor Gajah.