
BAYAN LEPAS, 5 Ogos – Tumpuan atlet Judo negara, Amir Daniel Abdul Majeed kini beralih kepada Sukan SEA 2027, selepas menempa sejarah sebagai pemenang pingat emas pertama Malaysia dalam acara judo pada Sukan Komanwel Glasgow 2026.
- Amir teruja dengan semangat peminat dan berazam terus memberikan persembahan terbaik dalam acara judo.
- Beliau akan fokus latihan untuk Sukan ASEAN dan melihat hasilnya dalam jangka panjang.
- Ketibaan beliau disambut meriah oleh orang awam, ibu bapa dan kenalan; Exco Daniel Gooi Zi Sen turut hadir.
Teruja dengan semangat yang ditonjolkan peminat, atlet kelahiran Pulau Pinang itu berazam untuk terus memberikan persembahan terbaik dalam acara judo yang bakal ditandingi.
“Selepas ini, kita akan fokus latihan untuk Sukan ASEAN….kita akan lihat hasilnya dalam jangka panjang,” katanya ketika ditemui RTM di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di sini, pada malam Selasa.
Ketibaan Amir Daniel disambut meriah oleh orang awam, ibu bapa serta kenalan.
Turut hadir Exco Belia, Sukan dan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Daniel Gooi Zi Sen.
Amir Daniel, 21, menghadiahkan Malaysia emas bersejarah apabila menjuarai kategori bawah 81 kilogram (kg) lelaki, selepas menewaskan Timothy Meuwsen dari Afrika Selatan dalam aksi akhir yang berlangsung selama empat minit di Scottish Event Campus (SEC).