Anthony Loke letak jawatan pengerusi DAP Negeri Sembilan

Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 3 Ogos – Anthony Loke mengumumkan peletakan jawatan sebagai pengerusi parti DAP Negeri Sembilan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mengambil tanggungjawab atas prestasi DAP yang merosot dalam PRN Negeri Sembilan ke-16.
  • Menegaskan keputusan dibuat atas dasar peribadi tanpa tekanan mana-mana pihak.
  • Peletakan jawatan akan dimuktamadkan dalam mesyuarat kepimpinan negeri; beliau akan mempengerusikan usul pemilihan pengerusi baru.

Setiausaha Agung DAP itu berkata, keputusan tersebut dibuat bagi mengambil tanggungjawab susulan prestasi DAP dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 pada Sabtu lepas.

Loke yang juga Menteri Pengangkutan bagaimanapun menegaskan keputusan itu dibuat atas dasar peribadi tanpa tekanan mana-mana pihak.

“Tiba masa untuk saya berundur sebagai Pengerusi (DAP) Negeri dan menyerahkan kepada pimpinan negeri untuk melantik dan memilih daripada ahli jawatankuasa sedia ada,” katanya.

Jelas beliau lagi, peletakan jawatan berkenaan akan diputuskan menerusi mesyuarat kepimpinan parti peringkat negeri yang akan diadakan dalam masa terdekat.

“Peletakan jawatan akan berkuat kuasa apabila saya memanggil mesyuarat DAP Negeri Sembilan dalam minggu ini. Jadi, saya sekali lagi akan mempengerusikan mesyuarat untuk membuat usul untuk memilih pengerusi baharu. Keputusan itu akan dilaksanakan dalam beberapa hari yang akan datang, ” ujar beliau.

Loke mengumumkan peletakan jawatan selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP di ibu pejabat kebangsaan DAP di sini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.