Petani pikul buaya hidup ke balai polis curi perhatian

Tangkap layar rakaman petani memikul buaya menuju ke balai polis/ Reuters

PATNA, 3 Ogos- Seorang petani di daerah Supaul, Bihar, India mencuri perhatian apabila memikul seekor buaya hidup di bahunya untuk dibawa ke balai polis selepas reptilia itu ditemui di kawasan sawah padi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Penduduk menangkap buaya, mengikat muncung dan cuba serah kepada Jabatan Perhutanan.
  • Tiada pegawai perhutanan bertugas, jadi reptilia itu dibawa ke balai polis dan menarik perhatian orang ramai.
  • Jabatan Perhutanan mengambil alih dan melepaskan buaya ke Sungai Kosi; nasihat agar hubungi perhutanan, jangan cuba tangkap.

Kejadian berlaku di Kampung Lalpur apabila penduduk berjaya menangkap buaya berkenaan dengan mengikat muncungnya menggunakan tali sebelum petani terbabit membawanya ke pejabat Jabatan Perhutanan.

Bagaimanapun, kerana tiada pegawai bertugas ketika itu, dia kemudian membawa buaya berkenaan ke Balai Polis Bhimnagar, sekali gus menarik perhatian orang ramai yang menyaksikan kejadian berkenaan.

Jabatan Perhutanan kemudiannya mengambil alih buaya sepanjang kira-kira lima kaki itu sebelum melepaskannya semula ke Sungai Kosi.

Pihak berkuasa memaklumkan peningkatan paras air sungai pada musim monsun boleh menyebabkan haiwan liar memasuki kawasan penempatan, sambil menasihatkan orang ramai supaya segera menghubungi Jabatan Perhutanan dan tidak cuba menangkap haiwan liar sendiri. -Reuters

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.