Mohamad Zahri dilantik Ketua Pengarah JTM baharu

Foto FB JTM

KUALA LUMPUR, 3 Ogos – Jabatan Tenaga Manusia (JTM) hari ini mengumumkan pelantikan Datuk Mohamad Zahri Samingon sebagai Ketua Pengarah baharu jabatan itu, berkuat kuasa mulai 3 Ogos 2026.

RINGKASAN BERITA AI
  • Warga JTM menyambut baik pelantikan Datuk Mohamad Zahri dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah.
  • Pengurusan tertinggi yakin terhadap kepimpinan, pengalaman dan komitmen beliau untuk memperkukuh peranan JTM.
  • Beliau dijangka memacu agenda pembangunan kemahiran dan Pendidikan serta Latihan Teknikal dan Vokasional TVET negara.

Pelantikan tersebut disambut baik seluruh warga JTM yang turut merakamkan setinggi-tinggi tahniah serta mengalu-alukan kehadiran beliau bagi menerajui organisasi berkenaan.

Dalam kenyataan, pihak pengurusan tertinggi JTM menyatakan keyakinan terhadap kepimpinan, pengalaman serta komitmen Mohamad Zahri dalam memperkukuh peranan jabatan itu, khususnya dalam memacu agenda pembangunan kemahiran dan Pendidikan serta Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) negara.

Sebelum ini, Datuk Mohamad Zahri berkhidmat sebagai Datuk Bandar Petaling Jaya dari 1 Februari 2024 hingga 31 Julai 2026.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.