MITI fokus pastikan pelaburan asing beri impak kepada negara

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR 1 Ogos – Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) memberi tumpuan kepada usaha merealisasikan serta melaksana pelbagai komitmen pelaburan antarabangsa yang telah berjaya dibawa masuk ke dalam negara baru-baru ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Keutamaan MITI memastikan semua projek pelaburan dilaksanakan mengikut perancangan dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang.
  • MITI mengadakan sesi libat urus berterusan dengan pelabur untuk memastikan pelaburan yang dibawa masuk benar-benar dilaksanakan.
  • Strategi menilai dan mengoptimumkan kekuatan serta mengenal pasti dan menangani kelemahan agar tidak menjadi penghalang pelaksanaan.

Menterinya Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, usaha agresif kerajaan menarik pelabur asing yang dijalankan sebelum ini telah membuahkan hasil yang positif.

Bagi tempoh dua hingga tiga tahun akan datang, keutamaan MITI adalah memastikan segala projek pelaburan tersebut terlaksana mengikut perancangan.

” Untuk merealisasikan pelaburan ini, MITI sentiasa mengadakan sesi libat urus dengan para pelabur yang datang ke negara kita. Tiada gunanya kita berjaya membawa masuk pelabur, tetapi akhirnya pelaburan tersebut tidak dapat dilaksanakan.

“Jadi apa yang perlu kita lakukan ialah menyusun strategi dengan menilai kekuatan dan kelemahan negara. Jika terdapat kekuatan yang boleh dimanfaatkan, kita perlu mengoptimumkannya secepat mungkin.

“Pada masa sama, jika wujud kelemahan, kita perlu mengenal pasti dan menanganinya agar tidak menjadi penghalang kepada pelaksanaan pelaburan,” katanya
ketika hadir merasmikan Kejohanan Snuker Titiwangsa 2026 Piala Datuk Johari Ghani di Ibu Negara.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.