
SEREMBAN, 1 Ogos – Seramai 5,500 pegawai serta anggota polis ditugaskan bagi memastikan proses demokrasi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, lancar dan terkawal.
- Pemantauan polis dilengkapi peralatan teknikal termasuk kamera badan, dan penguatkuasaan terus dijalankan.
- Pihak berkuasa kenal pasti 26 kawasan panas; dua pasukan cantas ditempatkan di 36 DUN untuk pantauan pusat mengundi.
- Penyokong dinasihat terus berdisiplin dan mematuhi arahan pihak berkuasa; 92 laporan diterima, 24 kertas siasatan dibuka.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail memaklumkan pemantauan serta pengawasan yang dilaksana pegawai serta anggota turut dilengkapi peralatan teknikal termasuk kamera badan.
“26 kawasan dikenal pasti sebagai lokasi panas berdasarkan rekod pilihan raya sebelum ini. Dalam masa sama, dua pasukan cantas turut ditempatkan di 36 Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memantau situasi di pusat-pusat mengundi.
“Walaupun tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku setakat ini, penguatkuasa terus dilaksana,”katanya dalam sidang media di Sekolah Menengah Kebangsaan King George V, di sini.
Beliau turut mengharapkan momentum itu dapat dikekalkan semua pihak sehingga keputusan PRN diumumkan.
“Saya menasihatkan penyokong-penyokong parti politik untuk terus berdisplin serta mematuhi arahan pihak berkuasa,”katanya.
Beliau turut memberitahu, sepanjang tempoh kempen PRN Negeri Sembilan, pihaknya telah menerima 92 laporan polis dengan 24 kertas siasatan telah dibuka.