Malaysia manfaat mekanisme ASEAN tangani halangan bukan tarif

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 30 Julai – Malaysia akan terus memanfaatkan pelbagai mekanisme di peringkat ASEAN bagi menangani halangan bukan tarif (NTB) yang menjejaskan perdagangan serantau di samping memperkukuh disiplin berkaitan NTB menerusi pelaksanaan Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN (ATIGA).

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerajaan memastikan isu diskriminasi pasaran terhadap produk dan perkhidmatan tempatan ditangani dengan lebih berkesan.
  • ASEAN mewujudkan mekanisme untuk memantau, mengenal pasti dan menangani halangan bukan tarif secara berterusan.
  • ATF-JCC jadi platform penyelarasan awam-swasta membincangkan NTB, prosedur kastam dan cabaran akses pasaran.
  • Mekanisme tidak mengikat meningkatkan ketelusan, menggalakkan dialog konstruktif dan menyediakan saluran penyelesaian lebih pantas mesra perniagaan.

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Sim Tze Tzin berkata ia bagi memastikan sebarang isu diskriminasi pasaran terhadap produk dan perkhidmatan tempatan dapat ditangani dengan lebih berkesan.

“ASEAN telah mewujudkan beberapa mekanisme bagi memantau, mengenal pasti dan menangani isu halangan bukan tarif (NTB) yang wujud dalam kalangan negara-negara anggota secara berterusan.

“Antaranya ASEAN Trade Facilitation Joint Consultative Committee (ATF-JCC) yang berfungsi sebagai platform penyelarasan antara sektor awam dan swasta bagi membincangkan isu fasilitasi perdagangan, termasuk NTB, prosedur kastam dan cabaran akses pasaran,” katanya.

Beliau menjawab pertanyaan yang dikemukakan oleh Senator Datuk Ng Keng Heng di Dewan Negara, hari ini.

Jelas beliau, walaupun terdapat beberapa mekanisme yang bersifat tidak mengikat, namun pelaksanaannya berjaya meningkatkan ketelusan serta menggalakkan dialog konstruktif antara Negara Anggota ASEAN, sekali gus menyediakan saluran penyelesaian yang lebih pantas dan mesra perniagaan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.