Banjir Tawau: Jumlah penduduk terjejas kekal 362 orang

Facebook: APM Tawau

KOTA KINABALU, 27 Julai- Jumlah penduduk terjejas banjir di Tawau, Sabah kekal 362 orang daripada 102 keluarga setakat 8.00 pagi ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Semua penduduk terjejas ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Tawau.
  • Penduduk berasal dari empat kampung: Kampung Tanjung Batu Keramat, Tanjung Batu Darat, Tanjung Batu Otentik, Kampung Kinabutan Tiku Batu 6.
  • Tiada laporan kemalangan jiwa atau kejadian tidak diingini diterima setakat ini.
  • Agensi penyelamat terus membuat pemantauan; beberapa kawasan kampung menunjukkan trend penurunan paras air.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan semua penduduk terjejas masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Tawau.

Mereka terdiri daripada penduduk dari empat kampung terjejas iaitu Kampung Tanjung Batu Keramat, Tanjung Batu Darat, Tanjung Batu Otentik dan Kampung Kinabutan Tiku Batu 6.

“Tiada laporan kemalangan jiwa atau kejadian tidak diingini diterima setakat ini,” menurut kenyataan.

Sekretariat itu memaklumkan pemantauan oleh agensi penyelamat terus dilaksanakan di lapangan bagi memantau keadaan semasa dengan beberapa kawasan kampung terjejas menunjukkan trend penurunan paras air.

Hujan berterusan sejak Jumaat lepas mengakibatkan Tawau dan kawasan sekitarnya dilanda banjir sebelum bencana diisytihar pada 8.30 pagi, Sabtu lepas.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.