POLYCC raih 14 pingat di Kanada, bukti keunggulan TVET Malaysia

Foto FB Zambry Abd. Kadir

KUALA LUMPUR, 25 Julai – Kontinjen Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia (POLYCC) mencipta kejayaan membanggakan apabila meraih 14 pingat pada Kejohanan 31st FIRA RoboWorld Cup & Summit 2026 yang berlangsung di Kanada.

RINGKASAN BERITA AI
  • Menteri Pendidikan Tinggi mengucapkan tahniah kepada pelajar, jurulatih dan pihak terlibat atas pencapaian cemerlang itu.
  • Kejayaan membuktikan bakat, kemahiran dan keupayaan anak Malaysia dalam TVET mampu bersaing di peringkat antarabangsa.
  • Kontinjen membawa pulang enam emas, lima perak dan tiga gangsa sebagai hasil usaha serta latihan intensif.
  • Kerajaan menggesa agar momentum kecemerlangan diteruskan untuk mengangkat nama Malaysia di pentas dunia.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menerusi hantaran di Facebook menzahirkan ucapan tahniah kepada seluruh kontinjen negara yang terdiri daripada pelajar, jurulatih serta semua pihak terlibat atas pencapaian cemerlang itu.

Menurut beliau, kejayaan tersebut membuktikan bakat, kemahiran dan keupayaan anak-anak Malaysia, khususnya dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

“Kontinjen negara berjaya melangkaui jangkaan dengan membawa pulang enam pingat emas, lima pingat perak dan tiga pingat gangsa, menjadikan jumlah keseluruhan 14 pingat.

“Pencapaian itu bukan sahaja mencerminkan kejayaan dalam pertandingan robotik, malah menjadi bukti bahawa ekosistem TVET negara terus berupaya melahirkan modal insan berkemahiran tinggi, inovatif serta berdaya saing di pentas global.

“Syabas kepada semua yang terlibat,” katanya.

Beliau turut menggesa agar momentum kecemerlangan itu diteruskan demi mengangkat nama Malaysia di persada dunia.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.