
BUTTERWORTH, 24 Julai – Kerajaan meluluskan peruntukan RM2 juta bagi menyokong pendidikan anak masyarakat India Muslim yang kurang berkemampuan.
- Tujuan bantuan membuka akses lebih luas kepada pendidikan tinggi dan latihan khusus bagi anak masyarakat India Muslim kurang berkemampuan.
- Tumpuan diberi kepada bidang pembelajaran baharu untuk meningkatkan kemahiran serta peluang masa depan mereka.
- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap semasa pelancaran Rangka Kerja Transformasi Masyarakat India Muslim 2030 di PICCA.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan itu bertujuan membuka akses lebih luas kepada pendidikan tinggi dan latihan khusus.
Tumpuan terarah kepada bidang pembelajaran baharu yang dapat meningkatkan kemahiran serta peluang masa depan mereka.
“Saya setuju untuk anak-anak miskin, anak-anak yang sedang belajar atau akan masuk ke universiti, ataupun mengikuti kursus khusus terutama dalam pendidikan baharu.
“Saya setuju meluluskan dana RM2 juta sekarang,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Rangka Kerja Transformasi Masyarakat India Muslim (IMTF) 2030 di Pusat Konvensyen PICCA di sini.