Bantuan RM500 kepada lebih 6,500 pesawah, petani di Pulau Pinang

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow/ Foto FB Chow Kon Yeow

KEPALA BATAS, 24 Julai – Pesawah dan petani tanaman sayuran di Pulau Pinang bakal menerima Bantuan Sara Hidup secara sekali beri berjumlah RM500.

RINGKASAN BERITA AI
  • Peruntukan RM3.286 juta memberi manfaat kepada 6,572 petani termasuk 5,567 pesawah dan 1,005 petani sayur di seluruh negeri.
  • Chow Kon Yeow tekankan penghargaan kepada petani dan pesawah atas peranan penting mereka memastikan bekalan makanan negeri mencukupi.
  • MARDI dianggap aset strategik; lawatan meninjau bank benih padi rice@MARDI Seberang Perai menyimpan koleksi benih sehingga 15 tahun.

Bantuan itu melibatkan peruntukan berjumlah lebih RM3 juta yang bakal memanfaat lebih 6,500 golongan itu.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, Bantuan Sara Hidup ini bagi menghargai peranan penting komuniti petani dan pesawah dalam memastikan bekalan makanan negeri sentiasa mencukupi.

“Pelaksanaannya melibatkan peruntukan sebanyak RM3.286 juta dan bakal memberi manfaat kepada 6,572 petani, meliputi 5,567 pesawah padi dan 1,005 petani tanaman sayuran di seluruh negeri Pulau Pinang”, katanya.

Beliau berkata demikian kepada media sempena Lawatan Kerja di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Pulau Pinang di Kepala Batas.

Turut hadir Pengerusi Pembangunan Luar Bandar, Agroteknologi dan Keterjaminan Makanan dan Keusahawanan negeri Datuk Rashidi Zinol serta Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan dan Operasi MARDI Dr Sanimah Simoh.

Sementara itu, Chow menerusi hantaran di Facebook berkata MARDI disifatkan sebagai aset strategik yang memainkan peranan penting dalam memacu inovasi sektor agromakanan, sekali gus memperkukuh agenda keterjaminan makanan negara.

“Malah, saya turut berbangga berpeluang meninjau bank benih padi di rice@MARDI Seberang Perai yang menyimpan koleksi benih sehingga 15 tahun bagi memastikan varieti padi negara dapat dipelihara dan dibangunkan untuk kegunaan masa hadapan”, katanya

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.