
WASHINGTON, 24 Julai – Tentera Amerika Syarikat (AS) melancarkan satu lagi siri serangan terhadap sasaran ketenteraan Iran pada pukul 6.45 petang waktu Timur (ET) hari ini.
- CENTCOM berkata serangan itu malam ke-13 berturut-turut untuk memastikan Iran dipertanggungjawabkan.
- Operasi bertujuan mengurangkan ancaman Kor Pengawal Revolusi Islam terhadap perkapalan komersial.
- Presiden Trump umum peningkatan operasi ketenteraan susulan kematian lebih ramai anggota perkhidmatan AS.
- Trump memberi amaran Iran dan Houthi akan berdepan hukuman ketenteraan besar selepas serangan Houthi terhadap dua kapal tangki Saudi di Laut Merah.
Dalam hantaran di media sosial pada Khamis, Markas Pemerintahan Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) memaklumkan serangan itu merupakan malam ke-13 berturut-turut, yang bertujuan memastikan Iran dipertanggungjawabkan selain mengurangkan ancaman Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) terhadap perkapalan komersial.
Presiden AS, Donald Trump, baru-baru ini mengumumkan peningkatan operasi ketenteraan terhadap Iran susulan kematian lebih ramai anggota perkhidmatan AS.
Pada Khamis, Trump turut memberi amaran bahawa Iran dan sekutunya, kumpulan Houthi, akan berdepan “hukuman ketenteraan yang besar” selepas pejuang Houthi menyerang dua kapal tangki minyak Arab Saudi di Laut Merah, sekali gus memperluaskan konflik di Asia Barat ke satu lagi laluan perkapalan utama dunia.- REUTERS