Norway tuntut penjelasan FIFA berhubung isu Balogun

Campur tangan FIFA berhubung isu penggantungan larangan beraksi pemain Amerika Syarikat, Florin Balogun mendapat kecaman hebat / Foto AFP

LONDON, 23 Julai – Norway akan memfailkan aduan rasmi kepada FIFA berhubung penggantungan hukuman larangan beraksi terhadap pemain Amerika Syarikat, Folarin Balogun pada Piala Dunia FIFA 2026 dengan mendakwa keputusan itu disifatkan telah meletakkan keseluruhan permainan dalam risiko.

RINGKASAN BERITA AI
  • Presiden NFF Lise Klaveness akan memohon sokongan lembaga pengarah untuk mengemukakan aduan kepada Jawatankuasa Etika FIFA.
  • NFF sebelum ini membuat aduan rasmi berhubung pemberian Anugerah Keamanan FIFA kepada Presiden Donald Trump.
  • Klaveness menyatakan isu itu wajar dimasukkan dalam skop aduan etika yang sama.
  • Keputusan FIFA membatalkan penggantungan Balogun menerima kecaman meluas selepas laporan campur tangan Trump menghubungi Infantino.

Presiden Persekutuan Bolasepak Norway, (NFF) Lise Klaveness berkata, beliau akan mendapatkan sokongan daripada lembaga pengarah untuk mengemukakan aduan kepada Jawatankuasa Etika FIFA berhubung insiden yang disifatkan sebagai tidak sepatutnya berlaku.

NFF sebelum ini turut membuat aduan rasmi berhubung tindakan Presiden FIFA, Gianni Infantino memberi Anugerah Keamanan sulung badan induk bola sepak dunia itu kepada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang menerima kritikan meluas.

“Saya akan membawa perkara ini ke mesyuarat lembaga pengarah dan berbincang dengan mereka sebelum mengambil tindakan lanjut,” kata Klaveness kepada The Times dalam satu temu bual yang diterbitkan pada Khamis.

“Pada pandangan saya, perkara ini sepatutnya berada dalam skop aduan etika yang sama.”

Terdahulu, penglibatan Trump dalam isu Balogun mencetuskan kontroversi.

Kad merah yang dilayangkan kepada Balogun ketika kemenangan Amerika Syarikat pada pusingan 32 terbaik menentang Bosnia & Herzegovina menyebabkan beliau dikenakan penggantungan automatik untuk aksi berdepan Belgium.

Namun, keputusan FIFA untuk menggantung hukuman itu menerima kecaman meluas terutama selepas laporan mendakwa Trump campur tangan dengan menghubungi Infantino. – AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.