Jordan, Kuwait pintas peluru berpandu dan dron Iran

Washington bertindak melancarkan beberapa siri serangan di seluruh Iran / Foto AFP

AMMAN, 23 Julai – Beberapa peluru berpandu dan dron Iran yang menyasarkan aset Amerika Syarikat (AS) di Jordan dan Kuwait berjaya dipintas tentera kedua-dua negara berkenaan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Jordan menembak jatuh empat peluru berpandu Iran, satu jatuh di kawasan tidak berpenghuni, tiada kecederaan atau kerosakan harta benda.
  • Tentera Kuwait mengesahkan berjaya memintas dron Iran yang menyasarkan aset di negara itu.
  • IRGC dan tentera Iran mendakwa menyerang beberapa pangkalan di Kuwait termasuk Pangkalan Ali Al Salem dan kem lain, dakwaan belum disahkan.

Tentera Jordan memaklumkan telah menembak jatuh empat peluru berpandu Iran pada pagi Khamis dengan satu di kawasan tidak berpenghuni.

Operasi berkenaan, bagaimanapun tidak mengakibatkan sebarang kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda.

Sementara itu, tentera Kuwait turut mengesahkan telah berjaya memintas ancaman dron Iran.

Terdahulu, Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) mendakwa telah melancarkan serangan balas di Kuwait dengan menyasarkan Pangkalan Ali Al Salem, Kem Udairi dan sebuah menara telekomunikasi.

Manakala, menerusi kenyataan berasingan tentera Iran pula menyatakan Kem Doha, Pangkalan Ali Al Salem dan Kem Arifjan menjadi sasaran serangan.

Bagaimanapun dakwaan serangan berkenaan, masih belum dapat disahkan.

Sejak minggu lepas, Washington bertindak melancarkan beberapa siri serangan di seluruh Iran, manakala Tehran bertindak balas dengan menyerang kemudahan serta pangkalan yang didakwanya digunakan oleh tentera AS di beberapa negara di seluruh Asia Barat.-AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.