
LE PORGE, 23 Julai – Lebih 10,000 pelancong terpaksa dipindahkan sebagai langkah berjaga-jaga susulan kebakaran hutan yang telah memusnahkan kawasan seluas 2,400 hektar.
- Kira-kira 700 anggota bomba bekerja keras memadamkan kebakaran termasuk menggunakan helikopter.
- Pihak berkuasa memaklumkan tiada kemalangan jiwa atau kemusnahan kediaman dilaporkan setakat ini.
- Dalam insiden berasingan dua anggota bomba maut selepas kenderaan mereka terperangkap dalam kebakaran berhampiran Lapangan Terbang Bordeaux.
Pihak berkuasa tempatan bagaimanapun memaklumkan, tiada kemalangan jiwa atau kemusnahan kediaman dilaporkan setakat ini.
Kira-kira 700 anggota bomba bertungkus lumus memadamkan kebakaran termasuk menggunakan khidmat helikopter.
Wartawan AFP melaporkan kepulan asap kelihatan jelas antara Le Porge dan kawasan berhampiran.
Datuk Bandar Le Porge, Martial Zaninetti tidak menolak kemungkinan kebakaran berpunca daripada mesin pembersihan dan pihak polis kini giat menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kebakaran.
Dalam insiden berasingan, dua anggota bomba maut pada Selasa selepas kenderaan terperangkap dalam kebakaran berhampiran Lapangan Terbang Bordeaux.
Pada 2022, kebakaran hutan telah memusnahkan 30,000 hektar kawasan hutan yang sama dan memaksa kira-kira 50,000 individu dipindahkan.-AFP