93 syarikat tempatan diiktiraf sebagai kilang pintar setakat Jun

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Sim Tze Tzin/Foto JaPen

KUALA LUMPUR, 23 Julai — Sebanyak 93 syarikat telah menerima pengiktirafan sebagai kilang pintar setakat 30 Jun lalu di bawah Program Pengiktirafan Kilang Pintar oleh SIRIM dan MARii.

RINGKASAN BERITA AI
  • Program Smart Tech Up di bawah NIMP 2030 mempercepat transformasi digital dan automasi bagi PKS dan syarikat pertengahan.
  • Intervensi disokong melalui Dana Pembangunan Industri NIMP 2030 bagi meningkatkan produktiviti dan pendigitalan perusahaan.
  • 68 syarikat dijangka mencapai status kilang pintar menjelang penghujung tahun ini.

Manakala 68 syarikat lagi dijangka mencapai status sama menjelang penghujung tahun ini.

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Sim Tze Tzin, berkata pencapaian itu merupakan sebahagian daripada inisiatif Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 menerusi Program Smart Tech Up yang bertujuan mempercepat transformasi digital.

Beliau berkata, program itu turut meningkatkan penggunaan automasi dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta syarikat pertengahan (MTC).

“Program ini yang disokong menerusi Dana Pembangunan Industri NIMP 2030 (NIDF) dilaksanakan sebagai intervensi untuk meningkatkan produktiviti serta mempercepat transformasi PKS dan syarikat pertengahan (MTC) ke arah pendigitalan, selaras dengan sasaran NIMP mewujudkan 3,000 kilang pintar menjelang 2030,” katanya di Dewan Negara.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Sheikh ‘Umar Bagharib Ali pada persidangan Dewan Negara di Bangunan Parlimen, hari ini.

Terdahulu, Sheikh ‘Umar meminta penjelasan mengenai perkembangan pelaksanaan NIMP 2030 serta pencapaiannya dalam meningkatkan produktiviti dan penyertaan usahawan PKS.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.